Thursday, June 4, 2009

Apabila anak tercedera

Semalam dapat satu panggilan dari isteri mengatakan anak jatuh langsung luka berdarah mulutnya dan bahunya tak boleh digerakkan kerana kesakitan yang teramat.

Dan saya sedang bertugas!

Kerisauan yang melampau; luka besar ke, bahu terkehel ke, tangan patah ke, teruk sangat ke?.
Itulah yang berlaku dalam fikiran apabila anak kita luka, tercedera bukan di depan mata kita. Kerisauan mengundang fikiran yang bukan-bukan kerana kasih dan sayang kita kepada anak kita sehingga kita tidak mahu mereka tercalit sedikit kekurangan, kecederaan apatah lagi kecacatan dalam hidup dan diri mereka. Itulah kekuatan ikatan anak kepada kita.

Walaupun sebenarnya kecederaan yang sedikit.

Walaupun kecelakaan sedikit itu adalah satu pengalaman dan pelajaran yang sangat berguna bagi mereka.

Biarkan mereka melakukan kesilapan yang terkawal, biarkan mereka merasa sakit yang terkawal kerana atas kesilapan dan kesakitan itu mereka akan belajar realiti hidup. Biarkan juga mereka merasa sedikit kesukaran dan kepayahan supaya mereka sentiasa mensyukuri nikmat kesenangan. Keterlaluan melindungi mungkin akan membawa musibah besar dalam perkembangan sahsiah mereka yang akhirnya menyusahkan kita juga nanti seperti dalam filem "Anakku Sazali".

Moralnya, dalam mendidik anak terapkan ilmu, bersederhana dan berikan nasihat sentiasa.

Amin. Doaku semoga anak-anakku menjadi insan kamil yang beriman dan berjaya dan jutawan.


Dr Azman
P Indah 10:24am
5/6/09

No comments:

Post a Comment