Thursday, October 29, 2009

Panduan Pelaris Perniagaan

1. Niat
- niat yang bersih, ikhlas kerana Allah Ta'ala. Segala kekayaan adalah milik Allah, kita hanya sebagai pemegang amanah dan menggunakan kekayaan untuk kembali mensyukuri nikmat Allah dan memakmurkan diri dan orang lain kerana Allah jua. Tiada sikap bermegah, riak, berbelanja sesuka hati, boros dan lebih parah membelanjakan ke jalan yang maksiat dan memudaratkan iman dan amal seperti mengunjungi pelacur, arak, judi dan berzina juga merasuah.


2. Sembahyang Fardu

Amalan asas yang wajib di lakukan dengan sempurna dan penuh khusyuk sebagai tanda kesyukuran kepada nikmat rezeki dan kekayaan yang Allah berikan. Menghindar kemurkaan Allah kerana meninggalkan Solat akan melambatkan rezeki seolahnya rezeki berada di atas kepala tetapi terhalang sampai di tangan kerana melalaikan amalan wajib iaitu solat yang menjadi prasyarat turunnya rezeki itu.

3. Berdoa

Sentiasa berdoa setiap masa dalam apa jua yang di lakukan atau harapkan kerana semua yang berlaku adalah dengan izin Allah jua. Walaupun setelah berhempas pulas, berusaha bersungguh-sungguh namun rezeki akan terhalang kerana kita tidak meminta dengan ikhlas seolahnya segala sesuatu atau rezeki itu datang sendiri tanpa ihsan dari Allah. Dialah yang Maha Pemberi, Maha Memiliki, maka mintalah dan kita dijanjikan untuk memperolehinya bagi mereka yang meminta.

4. Sedekah

Sedekah akan menyucikan harta dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Bersedekah tidak akan mengurangkan kekayaan bahkan Allah akan menambah berkali-kali ganda dari syafaat sedekah ini. Sedekah paling afdal yang paling dekat dengan kita seperti keluarga yang susah, jiran tetangga, di mukim atau kampung sebelum menyalurkan ke tempat-tempat yang lain. Sedekah wajib ikhlas tanpa mengharap balasan atau imbuhan berganda walaupun memohon imbuhan berganda dari Allah kerana sedekah kita adalah untuk mendapat rahmat dan keredhaannya. Rezeki datangnya dari Allah.

5. Zikir

Zikir mengingati Allah pada setiap masa dan menjadi amalan yang mulia. Di antar zikir khusus ialah Ya Razzaq bermaksud Yang Memberi Rezeki sebanyak mungkin selain zikir-zikir yang lain. Sesungguhnya di dalam nama Allah terkandung rahsia yang tidak kita ketahui.

Thursday, October 15, 2009

Semangat Oh semangat

Kerjaya menulis memerlukan fokus yang tinggi. Walaupun idea datang mencurah tidak semestinya ia dapat diterjemahkan ke dalam bentuk ayat-ayat yang menarik untuk dibaca. Oleh itu, kita harus fokus dan berusaha menterjemahnya menjadi ayat-ayat yang menarik untuk dibaca, dengan nahu bahasa yang cantik dan bernilai tinggi.

Sudah sekian lama saya berhibernasi dari menulis seperti beruang di musim sejuk; tiada apa yang di lakukan kecuali tidur untuk mengekalkan haba dan tenaga. Berbagai idea timbul tetapi gagal di terjemah dengan baik.

Hari ini bertemu dengan beberapa rakan penulis dan bertukar-tukar pengalaman, cerita dan harapan. Semangat kembali timbul membuak-buak seolah pada saat itu saya ingin mencoret sesuatu yang telah lama di lupakan. Di harap semangat ini tetap membara bagai lilin yang menerangi kerana ada janji temu yang harus di langsaikan pada waktu yang di tetapkan akan datang. Moga saya dapat membina kekuatan bara ini sehingga lahir buku-buku saya akan datang kerana penulis juga ada ketagihannya iaitu ketagih menulis.

Untuk itu saya mesti memulakan hari ini, tidak esok, tidak lusa, tidak sekadar harapan kosong.


JK 7.00pm
15/10/09

Monday, September 14, 2009

Ramadhan 2009

Di kesempatan Ramadhan yang berada di penghujung ini meninggalkan sejuta pengalaman indah. Pada usia umur 42 tahun, saya berkesempatan untuk menghayati ramadhan kali ini dengan lebih baik dari tahun sebelumnya, setelah 42 tahun!. Lebih baik lewat dari tidak pernah. Ramadhan kali ini lebih menginsafi diri yang kerdil dan kecil ini di sisi Allah. Pada ramadhan ini barulah ada kekuatan untuk saya melakukan sembahyang tahajud, membaca ayat-ayat suci AlQuran sehingga khatam, memohon ampun kepada Illahi di sepertiga malam tanpa rasa malas atau penat.

Berkat doa isteri yang sentiasa ingin melihat saya menjadi insan yang lebih baik. Moga Ramadhan kali ini Allah memberi pengampunan tanpa hadnya kepada hambaNya yang kecil ini. Moga Ramadhan ini saya menjadi insan yang lebih baik.

25Ramadhan 1420 Hijrah

Thursday, July 2, 2009

Kanser PayuDara

Baru-baru mendengar berita-berita kurang enak didengar mengenai kanser payu dara. Moga artikel ini dapat membantu memahami risiko-risiko isteri kita, adik perempuan kita, ibu-ibu dan teman-teman wanita di luar sana:-


Kanser Payudara – Fakta & Statistik

Hampir semua orang mengenali seseorang atau tahu mengenai seseorang yang menghidap kanser payudara: Seorang ibu, kakak atau adik, nenek, makcik, rakan sekerja, kawan, jiran atau kadangkala (walaupun cukup jarang) seorang ayah atau abang.

Kanser payudara adalah kanser paling biasa di kalangan di hampir semua pelosok dunia. Terdapat variasi yang nyata dalam kadar insiden kanser ini mengikut geografi. Insiden tertinggi adalah di Eropah Utara dan Amerika utara, sederhana di negara-negara Mediterranean dan Amerika Selatan dan paling rendah di Asia dan Afrika. Umur purata diagnosis yang dilaporkan adalah lebih kurang 50 tahun di negara membangun dan 60 tahun di negara-negara Barat.
Pada 2000, terdapat 1,050,346 kes dilaporkan dengan 372,969 kematian akibat kanser payudara di seluruh dunia. Insiden in mempunyai julat purata daripada 95 bagi setiap 100,000 di negara maju dan 20 bagi 100,000 di negara membangun.

Variasi ini dikatakan berpunca daripada perbezaan dalam saiz badan, diet, sifat revolusi reproduktif seperti umur haid bermula, bilangan anak, umur melahirkan anak pertama, dan umur pada putus haid. Insiden juga bergantung pada bangsa, lebih tinggi di kalangan wanita berkulit putih berbanding wanita kulit hitam,mereka yang keturunan Sepanyol dan orang Asia di Amerika Syarikat (AMERIKA SYARIKAT).

Insiden kanser (bilangan kes kanser baru) semakin meningkat. Statistik bagi fenomena ini lebih menakutkan di negara seperti Amerika Syarikat dengan 184,000 kes baru kanser payu dara di kenal pasti setiap tahun. Institut Kanser Kebangsaan menganggarkan bahawa menjelang umur 50 tahun, satu daripada setiap 50 wanita akan menghidap kanser payudara. Menjelang umur 80 tahun, bilangan ini meningkat kepada 1 daripada setiap sepuluh orang. Jika risiko insiden ini dikira sepanjang hayat seorang wanita, maka satu daripada setiap 8 wanita akan menghidapi kanser payudara. Satu daripada setiap 28 akan mati akibat penyakit ini. Satu daripada setiap 3000 akan menghidap kanser payudara semasa mereka hamil dan wanita hamil lebih cenderung menghidap penghidap penyakit ini dalam lingkungan umur 30-an. (Hanya 2% daripada kanser payudara didiagnosis di kalangan wanita hamil.)

Dipersembahkan dalam bentuk lain:

Setiap 3 minit, seorang wanita didiagnosis dengan kanser payu dara (AMERIKA SYARIKAT)
Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara(AMERIKA SYARIKAT)

Setiap tahun, 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payu dara (UK)

Di negara dengan kadarnya rendah setakat ini, terutamanya di Asia, kadar peningkatannya begitu mendadak dengan peningkatan yang besar dalam insiden termasuk juga kadar kematian (mortaliti).

Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya

Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003

Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.

Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)

Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.

Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.

Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.

Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.

Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita. Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.

Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.

Kanser Payudara di Singapura

Daftar Kanser Singapura juga melaporkan insiden kanser yang lebih rendah di kalangan wanita Melayu berbanding wanita Cina dan India. Singapura mencatatkan peningkatan pada kadar 3.7% setiap tahun bagi insiden kanser payudara dari 1968 ke 1997. insiden yang spesifik mengikut umur menunjukkan kadar tertinggi dalam julat umur 40-49 tahun dan kemudian kadarnya turun. Ini bukan seperti insiden mengikut umur bagi wanita di Amerika yang meningkat dengan cepat sampai umur 50 tahun tetapi kemudian kadarnya perlahan tetapi masih tetap naik tetapi pada kadar yang lebih perlahan.

Bilangan Kematian Di Kalangan Wanita Akibat Kanser
Jenis Kanser Payudara Paru-paru Serviks Ovari Usus Besar

1994 260 244 165 88 128
1995 320 254 142 95 164
1998 339 272 177 102 149

Nota: hanya 1/3 daripada semua kematian di Malaysia disahkan

Punca: Vital Statistics Malaysia

Kanser Payu dara di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1993-2003)

Dari tahun 1993 ke 2003, terdapat sejumlah 1818 pesakit kanser payudara di Hospital Universiti. Bilangan pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dengan bilangan tertinggi tercatat pada 2003. Ini 6 kali bilangan pesakit kanser payudara pada 1993.

Kanser payudara lebih biasa di kalangan wanita Cina berbanding wanita Melayu. 2% daripada pesakit ini berumur kurang daripada 30 tahun. Majoriti pesakit kanser dalam lingkungan umur 40-49 tahun apabila mereka mula-mula didiagnosis. Walau bagaimanapun ini bukan spesifik kepada umur tetapi mungkin berlaku akibat kedudukan hospital tersebut dan pelanggan mereka. Mungkin ini disebabkan oleh populasi bandar yang lebih muda atau pihak kampung lebih suka mendapat rawatan tradisi. 30-40% daripada jumlah pesakit telah mula-mula didiagnosis pada tahap lewat dan walaupun wanita hari ini semakin mula didiagnosis dengan tumor yang lebih kecil, pengurangan dalam saiz masih belum cukup nyata.

Ini adalah kerana kekurangan kesedaran mengenai kanser payudara di kalangan wanita mengakibatkan mereka berjumpa dengan pihak doktor hanya pada tahap lewat. Demi mengesyorkan kadar penyembuhan yang lebih baik, penyakit ini mesti di kenal pasti seawal mungkin.
Adalah dicadangkan bahawa kanser payudara menghidap pada umur yang lebih muda dan lebih agresif di kalangan orang Asia. Hasil kajian mendapati bahawa kanser payudara di kalangan orang Asia lebih agresif berbanding dengan orang kulit putih. Walau bagaimanapun, penyelidikan yang lebih mendalam diperlu dan akan dijalankan untuk menilai perbezaan antara kedua-dua kumpulan ini (kanser payu dara di kalangan Orang Asia dan Orang kulit putih).

Tuesday, June 9, 2009

Bagaimana melahirkan generasi bijak

Mengapa Yahudi Bijak?

"Saya rasa terpanggil untuk berkongsi semua ini dengan pembaca sekelian. Sekali lagi, benarlah apa yang tercatat di dalam Al-Quran. Semoga rencana ini bermanfaat. Saya terimanya daripada emel.

Di sebalik Musibah

Menemui saudaraku sekelian, baru-baru ini sekali lagi Yahudi bermaharajalela membantai penduduk Gaza, tanpa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka walaupun dari segi sejarah memang mereka tahu Israel memang bukan milik mereka yang mutlak. Terima kasih kepada kerajaan British yang memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler semasa perang dunia ke-2. Tidak perlu saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama dihalau oleh manusia. Sejak zaman Firaun lagi berjuta-juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada satu bangsa di dunia ini yang dibunuh begitu ramai dan kini muncul pula di Amerika kumpulan anti Yahudi kerana mereka telah mulai sedar yang mereka menjadi hamba di bawah telunjuk Yahudi (Proxy). Hanya masa akan menentukan peledakan yang mana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai-rama keluar dari bumi Amerika. Mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa laman web, saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkannya ke Bahasa Melayu. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita dan generasi mendatang. Janganlah kita asyik mengutuk kaum Yahudi terus-terusan, sedang Badan Dunia (UN) tidak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim di Gaza akan segera dilupakan tanpa satu pun general tentera Israil dibawa ke pengadilan (sila lihat sejarah UN), maka kaum Yahudi bertambah bongkak. Tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab di sekeliling mereka.
Tesis ini bertajuk “Why The Jews So Smart”. Sukacita saya alih bahasakannya secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubat cara diet saya. Semoga pasangan muda dapat mengamalkannya demi melahirkan generasi yang baik.
Hakim Ma’ruf bin Haji Abdul Kadir, Universiti Massachuset, USA.

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israil kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya untuk dijadikan tesis ini iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?” Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang; kejuruteraan, muzik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan yang mana ia memang tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun ke-2, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California, saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan, atau olah manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk PHD saya di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda, tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum lain.

1) Persiapan Zuriat

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israil, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah sang Ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan ibu bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tidak dapat menyelesaikannya. Oleh kerana saya memang minat matematik, tentu sahaja dengan gembira saya membantunya. Saya bertanya kepada beliau, “Adakah ini untuk anak kamu?” Beliau menjawab, “Ya, ia untuk anak saya yang masih dalam kandungan. Saya sedang melatih otaknya, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak.” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa rasa jenuh beliau membuat latihan sehingga beliau melahirkan anak.

2) Pemakanan

Seperkara lagi yang saya ialah pemakanan beliau. Sejak awal kandungan beliau gemar memakan kacang badan dan kurma bersama susu. Untuk makan tengah hari, makanan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan pelbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak di dalam kandungan. Ini adalah adat orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Perkara yang sama diperhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau filet) dan biasanya daging tidak ada di meja jika ada ikan. Menurut mereka campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah kemestian, terutamanya badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahab dahulu. Memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) kemudian buah-buahan akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

3) Jangan Merokok

Di Israil, merokok adalah taboo. Apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah. Menurut saintis Israil, kajian menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes. Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembap). Ini satu penemuan yang dahsyat oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya pemilik pengeluar rokok terbesar adalah… (tekalah sendiri).

4) Pendidikan Anak-anak

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak ini cukup dikawal. Makanan awal ialah buah-buahab bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan biola, ini adalah wajib. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan kanak-kanak ini bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak), maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.
Seterusnya darjah 1-6, kanak-kanak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Perbandingan kanak-kanak California, mereka jauh berbeza IQnya dan boleh saya katakan 6 tahun ke belakang. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh kanak-kanak Yahudi.
Selain itu sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

5) Pendidikan Tinggi

Pelajar sekolah tinggi (menengah), pelajar ditekankan dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan. Idea ini akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti.
Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriua tentang perniagaan. Pada tahun akhir, para penuntut bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1 juta. Anda terperanjat? Itulah kenyataannya. Dengan rangkaiana seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai 1/2 perniagaan di dunia. Siapakah yang mencipta rekaan Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israil oleh fakulti perniagaan dan fesyen.

6) Ibadah

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyang-goyangkan kepala mereka. Ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala. Banyak agama di Timur Tengah seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyang-goyangkan kepada. Ini juga dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
Lihat orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang Jepun yang pandai? Adakah ianya kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (daripada ikan), adakah ini kebetulan? Fikirkanlah.

7) Perniagaan

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi sedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan perniagaan (sudah tentu untuk Yahudi sahaja), jika mereka ada idea yang bernas jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah. Pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan menurut landasan yang betul. Maka lahirlah Starbuck, komputer Dell, Coca Cola, DKNY, Oracle, perfileman Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.
Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman. Ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung. Galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar muzik klasik.
Seterusnya ubah cara pemakanan. Makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak. Menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak. Dengan bermain piano dan biola sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga dengan sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi seperti memanah, bola keranjang, damak dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yang moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali. Di sini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok. Anda tahu berapa harga sekotak rokok? $US 7! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda. Saya puji sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali. Seperti Israil ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israil. Maka itu saya lihat institusi pengajian mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya neara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan.
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh. Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja Indonesia. Jika anda ke Jakarta, di mana sahaja anda berada, dari restoran ke pawagam, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok. Harga rokok? Cuma $US 0.70. Dan hasilnya dengan penduduk berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti yang terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain daripada bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Dalam tesis saya ini, saya tidak menimbulkan soal agama atau bangsa. Adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler. Bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan ialah mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabnya ialah mungkin dan tidak mustahil. Ianya memerlukan perubahan dari segi pemakanan dan cara mendidik anak.
Saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya. Setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, cucu saya pada umur 9 tahun dapat menulis karangan sepanjang 5 muka surat penuh. Karangannya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato.
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon.

ihsan dari blog yahamim

Memang benarlah bagai apa yang dikatakan oleh ayah ku; ingin mendidik anak adalah semasa dalam kandungan lagi , malah sebenarnya semasa pasangan 'bersama-sama' bagi mendapatkan benih dan zuriat yang bersih dan baik seterusnya melahirkan insan yang kamil.

Dr Azman
09/06/09

Thursday, June 4, 2009

Apabila anak tercedera

Semalam dapat satu panggilan dari isteri mengatakan anak jatuh langsung luka berdarah mulutnya dan bahunya tak boleh digerakkan kerana kesakitan yang teramat.

Dan saya sedang bertugas!

Kerisauan yang melampau; luka besar ke, bahu terkehel ke, tangan patah ke, teruk sangat ke?.
Itulah yang berlaku dalam fikiran apabila anak kita luka, tercedera bukan di depan mata kita. Kerisauan mengundang fikiran yang bukan-bukan kerana kasih dan sayang kita kepada anak kita sehingga kita tidak mahu mereka tercalit sedikit kekurangan, kecederaan apatah lagi kecacatan dalam hidup dan diri mereka. Itulah kekuatan ikatan anak kepada kita.

Walaupun sebenarnya kecederaan yang sedikit.

Walaupun kecelakaan sedikit itu adalah satu pengalaman dan pelajaran yang sangat berguna bagi mereka.

Biarkan mereka melakukan kesilapan yang terkawal, biarkan mereka merasa sakit yang terkawal kerana atas kesilapan dan kesakitan itu mereka akan belajar realiti hidup. Biarkan juga mereka merasa sedikit kesukaran dan kepayahan supaya mereka sentiasa mensyukuri nikmat kesenangan. Keterlaluan melindungi mungkin akan membawa musibah besar dalam perkembangan sahsiah mereka yang akhirnya menyusahkan kita juga nanti seperti dalam filem "Anakku Sazali".

Moralnya, dalam mendidik anak terapkan ilmu, bersederhana dan berikan nasihat sentiasa.

Amin. Doaku semoga anak-anakku menjadi insan kamil yang beriman dan berjaya dan jutawan.


Dr Azman
P Indah 10:24am
5/6/09

Monday, June 1, 2009

Pulau Perhentian yang cantik

Berpeluang menimati keindahan Pulau Perhentian pada percutian minggu lalu bersama anak-anak. Berpeluang juga membuat aktiviti 'snorkeling' yang sangat mengasyikkan melihat ikan laut dan terumbu karang yang berwarna-warni. Sesungguhnya ciptaan Allah sangat indah. Melepasi sempadan ketakutan untuk terjun kedalam lautan walaupun memakai 'flowter atau life vest' adalah kejayaan pada hari tersebut. Bagaimana akal tidak memberi kepercayaan kepada ciptaan yang dicipta untuk keselamatan dan sentiasa berfikir berkali-kali samada selamat atau tidak untuk melakukan terjunan pertama itu! Nasib baik ketakutan dapat di atasi dan dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah di depan mata. Sungguh teruja untuk kembali lagi....