Thursday, October 15, 2009

Semangat Oh semangat

Kerjaya menulis memerlukan fokus yang tinggi. Walaupun idea datang mencurah tidak semestinya ia dapat diterjemahkan ke dalam bentuk ayat-ayat yang menarik untuk dibaca. Oleh itu, kita harus fokus dan berusaha menterjemahnya menjadi ayat-ayat yang menarik untuk dibaca, dengan nahu bahasa yang cantik dan bernilai tinggi.

Sudah sekian lama saya berhibernasi dari menulis seperti beruang di musim sejuk; tiada apa yang di lakukan kecuali tidur untuk mengekalkan haba dan tenaga. Berbagai idea timbul tetapi gagal di terjemah dengan baik.

Hari ini bertemu dengan beberapa rakan penulis dan bertukar-tukar pengalaman, cerita dan harapan. Semangat kembali timbul membuak-buak seolah pada saat itu saya ingin mencoret sesuatu yang telah lama di lupakan. Di harap semangat ini tetap membara bagai lilin yang menerangi kerana ada janji temu yang harus di langsaikan pada waktu yang di tetapkan akan datang. Moga saya dapat membina kekuatan bara ini sehingga lahir buku-buku saya akan datang kerana penulis juga ada ketagihannya iaitu ketagih menulis.

Untuk itu saya mesti memulakan hari ini, tidak esok, tidak lusa, tidak sekadar harapan kosong.


JK 7.00pm
15/10/09

No comments:

Post a Comment